Thursday, 21 July 2011

PRODUK HALAL: SUATU TUNTUTAN SYARAK

PRODUK HALAL: SUATU TUNTUTAN SYARAK
HALAL bermaksud dibenar dan tidak dilarang oleh Allah. Ia bukan sahaja berkait dengan makanan dan minuman, tetapi juga berkait dengan pakaian, alat-alat perhiasan, kosmetik dan sebagainya. Namun penggunaan istilah HALAL paling kerap digunakan pada makanan dan minuman.

Mengguna atau menikmati makanan dan barangan HALAL adalah tuntutan Allah ke atas manusia terutama kaum muslimin. Allah berfirman di dalam al-Quran;
“Wahai sekalian manusia! makanlah dari apa yang ada di bumi yang HALAL lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan; kerana Sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh Yang terang nyata bagi kamu”. (al-Baqarah: 168)
“Dan makanlah dari rezeki yang telah diberikan Allah kepada kamu, Iaitu yang HALAL lagi baik, dan bertaqwalah kepada Allah Yang kepadanya sahaja kamu beriman”. (al-Maidah: 88)

Terdapat riwayat dari Rasulullah s.a.w. yang menegaskan;
طَلَبُ الْحَلاَلِ وَاْجِبٌ عَلَى كُلِّ مُسْلِمٍ
“Menuntut (mencari) yang HALAL adalah wajib ke atas setiap orang Islam”.
(Riwayat Imam ad-Dailami dalam Musnad al-Firdaus dari Anas r.a.. Menurut Imam as-Suyuti, hadis ini darjatnya hasan. Lihat; al-Jami’ as-Saghier, hadis no. 5270).
طَلَبُ اْلحَلاَلِ جِهَادٌ
“Mencari yang HALAL adalah satu jihad”.
(Riwayat Imam al-Qadha’ie dari Ibnu ‘Abbas r.a. dan Ibnu Nu’aim dari Ibnu ‘Umar. Menurut Imam as-Suyuti, hadis ini dhaif. Lihat; al-Jami’ as-Saghier, hadis no. 5273)

Oleh kerana kewujudan makanan dan barang-barang di pasaran bergantung kepada pengeluaran, maka kewujudan syarikat-syarikat yang mengeluarkan makanan dan barang-barang HALAL merupakan tuntutan Syarak. Tuntutan ini tergolong di dalam fardhu Kifayah. Begitu juga, memperniagakan barang-barang HALAL juga merupakan fardhu kifayah.

Dengan kesedaran mengeluar dan memperniagakan barang-barang HALAL, umat Islam akan berupaya mewujudkan pasaran bersekutu sesama mereka yang menawarkan produk makanan dan barangan yang benar-benar bersih dan suci mengikut nilaian Islam iaitu produk makanan dan barangan HALAL.
KONSEP ASAS HALAL DAN HARAM DI DALAM ISLAM

Rasulullah s.a.w. menjelaskan konsep asas HALAL dan haram di dalam Islam dengan sabda baginda;

إنَّ الحَلالَ بَيِّنٌ وَإنَّ الحَرَامَ بَيِّنٌ، وَبَيْنَهُما مُشْتَبِهاتٌ لا يَعْلَمُهُنَّ كَثِيرٌ مِنَ النَّاسِ، فَمَنِ اتَّقَى الشُّبُهاتِ اسْتَبرأ لِدِينِهِ وَعِرْضِهِ، وَمَنْ وَقَعَ في الشُّبُهاتِ وَقَعَ في الحَرَامِ، كالرَّاعي يَرْعَى حَوْلَ الحِمَى يُوشِكُ أنْ يَرْتَعَ فِيهِ، ألاَ وإنَّ لِكُلِّ مَلِكٍ حِمىً، ألاَ وَإنَّ حِمَى اللَّهِ تَعالى مَحَارِمُهُ، ألا وَإنَّ في الجَسَدِ مُضْغَةً إذَا صَلَحَتْ صَلَحَ الجَسَدُ كُلُّهُ، وَإِذَا فَسَدَتْ فَسَدَ الجَسَدُ كُلُّهُ ألاَ وَهِيَ القَلْبُ" (رواه البخاري ومسلم)Maksudnya; “Sesungguhnya yang HALAL itu jelas dan yang haram itu juga jelas. Namun di antara keduanya ada perkara-perkara yang syubhah (yakni samar-samar antara HALAL dan haram), yang tidak diketahui oleh kebanyakan manusia (sama ada HALAL atau haram). Oleh itu, sesiapa menjaga dirinya dari segala yang syubhah itu, maka sesungguhnya ia memelihara agama dan kehormatan dirinya. Dan sesiapa terjatuh dalam perkara syubhah, kemungkinan ia terjatuh ke dalam yang haram seperti seorang pengembala yang mengembala di sekeliling kawasan larangan, maka dikhuatiri binatang-binatang ternakannya akan masuk (dan makan rumput) di dalam kawasan larangan itu. Ketahuilah! Sesungguhnya bagi setiap raja ada kawasan larangan dan kawasan larangan Allah ialah segala yang diharamkan olehNya. Ketahuilah! Sesungguhnya di dalam jasad manusia ada seketul daging. Jika baik baik seketul daging itu, baiklah seluruh jasad dan jika rosak, maka akan rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah! Seketul daging yang aku maksudkan itu ialah hati”.
(Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim dari Abi Abdillah an-Nu’man bin Basyir r.a.)

Dari hadis di atas kita dapat mengambil beberapa ketetapan hukum;
1. Yang HALAL dan yang haram adalah jelas di dalam Islam

Penetapan HALAL dan haram di dalam Islam adalah terang dan jelas. Setiap butiran yang HALAL dan yang haram terkandung di dalam al-Quran dan juga as-Sunnah. Oleh demikian, setiap umat Islam wajib merujuk kepada para ulamak yang mengetahui ilmu al-Quran dan as-Sunnah untuk mengetahui apa yang HALAL dan apa yang haram. Lebih utama untuk melakukan rujukan tersebut ialah para pengeluar dan para peniaga kerana kesilapan mereka akan turut membabitkan orang lain dalam menikmati makanan atau barangan yang haram atau tidak HALAL.
Panduan mengenali makanan dan barangan HALAL

Menurut ulamak, HALAL atau tidaknya suatu makanan dan barangan itu bergantung kepada dua faktor;

a) Zat makanan dan barangan itu sendiri; hendaklah tidak tergolong dalam perkara yang disenarai-haramkan oleh Syarak.

b) Cara pemerolehan makanan dan barangan tersebut. Sekalipun zat suatu barang itu HALAL, namun jika diperolehi dengan jalan riba, penipuan dan sebagainya, maka ia adalah haram di sisi Syarak.

Lebih terperinci, semua makanan dan barangan yang hendak diisytiharkan HALAL hendaklah mempunyai ciri-ciri berikut;

1. Ia tidak mendatangkan mudarat kepada akal dan badan.

2. Ia bebas dari najis

3. Ia bukan produk yang diperolehi dari sumber babi atau anjing.

4. Bagi produk yang diperolehi dari sumber binatang-binatang lain yang HALAL dimakan (khususnya binatang darat) hendaklah dipastikan ianya disembelih mengikut hukum Syarak.

5. Ia diperolehi melalui sumber yang diharuskan.

Oleh demikian, dalam pengeluaran barang-barang HALAL, para pengeluar hendaklah memastikan bahan mentah dan ramuan yang digunakan hendaklah HALAL. Binatang yang HALAL untuk dimakan seperti lembu, kambing dan sebagainya mestilah disembelih mengikut hukum Islam, di mana penyembelihannya itu dilakukan oleh orang Islam dengan memetuhi syarat-syarat penyembelihan yang ditetapkan. Bahan ramuan HALAL tidak boleh bercampur atau menyentuh bahan-bahan haram seperti produk daripada sumber babi atau anjing sewaktu menyimpan, mengangkut, memasak dan menghidangkannya.

Pada tahun 2001 umat Islam di Malaysia dan Indonesia digemparkan dengan berita mengenai enzim babi digunakan dalam pengeluaran bahan penambah perisa MSG. Bahan yang menimbulkan kontroversi itu ialah Bactosoytone iaitu nutrien yang digunakan untuk membiakkan bakteria yang akan digunakan sebagai medium pembiakan ibu dalam proses penapaian. Bactosoytone dihasilkan apabila protein soya diuraikan oleh enzim yang diekstrakkan daripada pankreas babi. Oleh itu, penggunaan Bactosoytone dalam pengeluaran MSG adalah haram kerana ia dihasilkan daripada sumber yang haram.
2. Jauhi yang syubhat

Di persimpangan antara yang HALAL dan yang haram tersebut terdapat yang samar-samar yang belum dipasti statusnya; apakah ianya HALAL atau haram, iaitulah perkara-perkara syubhat. Perkara syubhat ialah perkara yang diragui HALAL-haramnya. Langkah terbaik menurut Rasulullah ialah dengan meninggalkannya. Rasulullah s.a.w. menegaskan dalam hadis di atas;
“…sesiapa menjaga dirinya dari segala yang syubhah itu, maka sesungguhnya ia memelihara agama dan kehormatan dirinya. Dan sesiapa terjatuh dalam perkara syubhah, kemungkinan ia terjatuh ke dalam yang haram…”.

Sebagai contoh; penggunaan gelatin. Gelatin dihasilkan daripada kulit dan urat binatang seperti babi dan lembu. Namun sekalipun gelatin diperolehi daripada lembu, ini tidak bermakna ianya HALAL kerana kita tidak tahu sama ada lembu tersebut telah disembelih mengikut hukum Islam atau tidak. Di banyak negara bukan Islam, hanya terdapat segelintir rumah sembelihan yang memenuhi keperluan orang Islam. Tambahan pula, kebanyakan makanan bergelatin tidak menyatakan sama ada gelatin yang digunakan itu diperolehi dari sumber babi atau lembu. Jadi, gelatin secara umumnya termasuk dalam perkara syubhat. Oleh demikian, penggunakan bahan bergelatin perlu dielakkan oleh umat Islam kecuali yang benar-benar jelas pengesahan HALALnya oleh pihak yang dapat dipercayai.
3. Kaitan penjagaan HALAL dan haram dengan hati

Dihujung hadis, Rasulullah menyebutkan tentang hati dan pengaruhnya terhadap perlakuan manusia sama ada baik atau buruk. Apa kaitan hati dengan konsep HALAL dan haram yang disebut di awal hadis? Persoalan ini dapat dijelas dengan dua tafsiran;

Pertama; Kesedaran untuk menjaga HALAL dan haram bergantung kepada hati. Hanya orang yang memiliki hati bertakwa dan takutkan Allah akan memerhati makanan atau barangan yang digunanya; apakah HALAL atau haram? Adapun orang yang fasik dan memiliki hati kotor, baginya tidak penting sama ada rezki yang dinikmatinya HALAL atau tidak. Yang penting adalah memenuhi selera dan nafsunya.

Kedua; Bersih dan sucinya hati berkait dengan makanan dan penggunaan barangan yang HALAL. Jika seseorang itu sentiasa melazimi yang HALAL, akan terjagalah hatinya. Akan tetapi jika ia mula terlibat dengan yang haram, akan kotor dan rusaklah hatinya.
GUNAKAN PRODUK YANG BERSIH DAN SUCI

Islam amat mementingkan kebersihan. Kebersihan yang dituntut oleh Islam merangkumi kebersihan lahiriyah dan juga kebersihan rohaniyah. Kebersihan lahiriyah ialah dengan memastikan pakaian dan tubuh-badan sentiasa dalam keadaan bersih terutamanya untuk beribadah. Oleh demikian, umat Islam perlu memastikan produk yang mereka gunakan pada badan mereka sama ada berupa pakaian, minyak wangi, syampu, ubat gigi, kosmetik dan sebagainya dibuat dari bahan-bahan yang bersih dan tidak najis. Kewujudan produk najis di badan menghalang sahnya ibadah di samping pemakainya tidak disukai oleh Allah dan para malaikat. Allah berfirman;
“Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat, dan mengasihi orang-orang sentiasa mensucikan diri (dari kekotoran dan najis)”. (al-Baqarah: 222)

Allah menjelaskan di dalam ayat di atas bahawa ia menyukai orang yang suka bertaubat dan membersihkan diri. Maka mafhum mukhalafah (yakni pemahaman sebaliknya) dari ayat tersebut ialah; orang yang banyak melakukan dosa dan tidak menjaga dirinya dari najis dan kekotoran, ia akan dibenci oleh Allah.

Dalam sebuah hadis, Rasulullah s.a.w. menegaskan;
“Tidak diterima solat tanpa bersuci” (Hadis riwayat Imam Muslim, Tirmizi dan Ibnu Majah). Telah disepakati (atau diijmakkan) oleh para ulamak bahawa bersuci yang menjadi syarat sahnya solat itu merangkumi bersuci dari najis di samping bersuci dari hadas. Oleh demikian, memakai atau membawa produk-produk yang diperbuat dari najis atau yang mempunyai unsur-unsur bahan najis dalamnya akan menyebabkan tidak sahnya solat.

Bersuci batiniyah pula ialah dengan mengelak dari terjerumus dalam dosa termasuk dalam hal makan-minum. Menikmati makanan yang haram atau tidak HALAL merosakkan batin seseorang kerana ia telah melakukan dosa kepada Allah. Dalam sebuah hadis, Rasulullah s.a.w. menegaskan;
أَيـُّمَا عَبْدٍ نَبَتَ لَحْمُهُ مِنَ السُّحْتِ وَالرِّبَا فَالنَّارُ أَوْلَى بـِهِ
“Mana-mana hamba yang tumbuh/membesar daging badannya dari makanan yang haram dan riba, maka api neraka lebih utama baginya”.
(Riwayat al-Hafidz Ibnu Mardawaih dari ‘Atak dari Ibnu ‘Abbas r.a.)
15 MUDARAT DOSA

Salah satu mudarat dosa ialah ia menghalang keluasan rezki sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w.;
إِنَّ الرَّجُلَ لَيُحْرَمُ الرِّزْقَ بـِالذَّنْبِ يُصِيْبُهُ
“Sesungguhnya seseorang itu akan terhalang dari rezki kerana dosa yang dilakukannya”. (Riwayat Imam Ahmad, Ibnu Majah, al-Hakim dari Thauban r.a./ Al-Jami’ as-Saghir, Imam as-Suyuti, hadis no. 1975.)

Seorang ulama’ Islam terkenal iaitu al-‘Allamah Ibnul Qayyim al-Jauziyah telah menyenaraikan lebih 15 kemudaratan yang bakal menimpa manusia kerana dosa, iaitu;

1. Kurang mendapat petunjuk dari Allah
2. Rosaknya pandangan dan akal fikiran
3. Terhijab diri dari mengenali kebenaran
4. Hati menjadi rosak
5. Rendah sebutan nama di mata manusia lain
6. Waktu dalam kehidupan menjadi sia-sia
7. Tidak disukai oleh makhluk Allah
8. Hubungan dengan Allah menjadi renggang
9. Doa tidak akan dimakbulkan Allah
10. Hati menjadi keras
11. Tidak ada keberkatan pada rezki dan umur
12. Terhalang dari mendapat ilmu
13. Hidup berterusan dalam keadaan hina-dina
14. Akan dihina dan diperlekehkan oleh musuh
15. Dada sentiasa sempit dan resah
16. Diuji oleh Allah dengan teman dan kawan yang jahat
17. Sentiasa dalam keadaan duka-cita dan kebimbangan
18. Kehidupan dan rezki menjadi sempit
19. Fikiran sentiasa resah dan tidak tenteram
(Rujuk kitab ‘al-Fawaid’, oleh al-Allamah Ibnul Qayyim al-Jauziyah, hlm. 67)
MELAZIMI YANG HALAL AKAN DIMUSTAJABKAN DOA

Seorang sahabat bernama Saad bin Abi Waqqas r.a. pernah memohon kepada Rasulullah s.a.w.;
“Ya Rasulullah! Berdoalah kepada Allah agar aku dimustajabkan doa”. Lalu Rasulullah berkata kepadanya;
يا سعد أطب مطعمك تكن مستجاب الدعوة، والذي نفس محمد بيده إن الرجل ليقذف اللقمة الحرام في جوفه ما يتقبل منه أربعين يوماً، وأيّما عبد نبت لحمه من السحت والربا فالنار أولى به (رواه الحافظ ابن مردويه عن عطاء عن ابن عباس).
“Wahai Saad! Perelokkanlah makanan kamu, nescaya kamu akan dimustajabkan doa. Demi Tuhan yang diri Muhammad berada dalam kekuasaanNya, sesungguhnya seorang itu apabila telah menyuapkan sesuap makanan haram ke dalam mulutnya, nescaya tidak akan diterima doanya (oleh Allah) selama 40 hari. Mana-mana hamba yang tumbuh/membesar daging badannya dari makanan yang haram dan riba, maka api neraka lebih utama baginya”.(Riwayat al-Hafidz Ibnu Mardawaih dari ‘Atak dari Ibnu ‘Abbas r.a.)

Dalam sebuah hadis riwayat Imam Muslim, Rasulullah s.a.w. pernah bercerita tentang seorang lelaki yang kesusahan kerana jauh mengembara, rambutnya kusut-masai dan tubuh-badannya berdebu. Ia memhon kepada Allah dengan menyeru;
‘Wahai Tuhanku! Wahai Tuhanku!’ sedang makanan (yang dimakan)nya adalah haram, minuman (yang diminum)nya juga haram serta pakaian (yang dipakai)nya juga haram, malah ia diberi makan dengan yang haram, maka bagaimana hendak diperkenankan (oleh Allah) doanya?”. (Riwayat Imam Muslim dari Abu Hurairah r.a.)
SIKAP UMAT AKHIR ZAMAN; TIDAK MENGHIRAUKAN HALAL DAN HARAM

Dalam sebuah hadis Rasulullah s.a.w. telah meramalkan keadaan umat akhir zaman yang tidak mengambil berat soal halal dan haram, dosa dan pahala. Baginda bersabda;

ليأتين على الناس زمان لا يبالي المرء بما أخذ المال أمن حلال أم من حرام
“Akan tiba satu zaman di mana seseorang itu tidak menghiraukan dari mana datang hartanya; apakah dari yang HALAL atau dari yang haram”.
(Riwayat Imam al-Bukhari dan an-Nasai dari Abu Hurairah r.a.)
DOA RASULULLAH DI WAKTU PAGI

Menurut Ummu Salamah r.a. (salah seorang isteri Nabi s.a.w.); Nabi s.a.w. apabila berada di waktu pagi, baginda akan membaca doa;

اللَّهُمَّ إني أسألُكَ عِلْماً نافعاً، وَرِزْقاً طَيِّباً، وَعَمَلاً مُتَقَبَّلاً
“Ya Allah, wahai Tuhanku! Aku memohon dari Engkau ilmu yang bermanfaat, rezki yang baik dan amal yang diterima”. (Riwayat Imam Ibnu Majah/Lihat: Al-Azkar, Imam an-Nawawi, bab Ma Yuqalu ‘Inda as-Shobah)

Waktu pagi adalah permulaan hidup kita. Pada waktu pagi manusia biasa merancang apa yang hendak dilakukanya pada hari yang bakal ia lalui. Dalam doa di atas, Rasulullah s.a.w. mengajar kita supaya memfokuskan tiga perkara untuk kita capai dalam perjalanan hidup kita seharian, salah satu darinya ialah rezki yang baik iaitu rezki yang bersih dan HALAL serta diberkati Allah.

Doa di atas bukan sahaja perlu dijadikan amalan harian, malah perlu menjadi motivasi kepada para pengeluar, pengusaha dan peniaga muslim untuk lebih menggiatkan usaha mengeluar dan memperniagakan produk-produk HALAL khususnya yang berkait dengan makanan dan barang-barang kegunaan harian kerana usaha tersebut membuka medan seluas-luasnya kepada kaum muslimin untuk dapat menikmati rezki yang baik (yang bersih, HALAL dan diredhai Allah) sehingga tidak ada alasan lagi untuk mereka terlibat dengan yang haram.

Sunday, 12 June 2011

FAKTA , BUKTI , DATA DAN HAKIKAT UBAT2 DIMALAYSIA BANYAK YANG HARAM


   
30% Dari 100 jenis PRODUK KESIHATAN yang diuji oleh Makmal USM didapati tidak Halal dan 90% ubat ubatan termasuk KKM mengandungi DNA Babi dan tidak Halal. (RUJUK GAMBAR KERATAN)
1. Unsur DNA Babi - Haram Mutlak
2. Gelatin Haiwan - Adakah haiwan2 seperti Kambing atau lembu itu disembelih mengikut syarat Sah    
     Syarak???atau jenis2 Haiwan yg HARAM dimakan seperti Katak,Beruang,Ular dan sebagainya.
3. Mengandungi bahan2 KIMIA dan Logam Berat yang akan merosakkan BUAH PINGGANG ??
PERSOALAN
    SIAPA YANG MENCIPTA UBAT2 TERSEBUT??? - YAHUDI DAN NASARA
    SIAPA YANG MENGEDAR DAN MEMBEKALKAN - BUKAN ISLAM 
    SIAPA YANG MENGGUNA - ORANG ISLAM.
    SIAPA YANG UNTUNG - SEMUA KECUALI ORANG ISLAM
TAHUKAH KITA??
    BARAT SEDANG MENGALAMI GELOMBANG DAN REVOLUSI DUNIA HERBA DAN  
    PEMAKANAN & PERUBATAN .MENANAM,MENGIMPORT DARI ASIA,MENGKAJI  
    DAN MENGELUARKAN PRODUK YANG DIKORMESIALKAN SECARA SAINTIFIK 
    DAN MENDAPAT PENGIKTIRAFAN.CTH ; MANGGOSTEEN(MANGGIS),GINKO 
    BILOBA DI SINERGIKAN DGN PEGAGA,BILLBERRY DAN BANYAK LAGI.
KITA ORANG MELAYU ISLAM??
    1. MALAS MAKAN MADU,KURMA,HABADUSSAUDA,MINYAK ZAITUN,KISMIS DLL
        MAKANAN & MINUMAN SUNNAH RASULULLAH
    
    2. MALU MAKAN PETAI,JERING,PEGAGA,KERDAS,PUCUK PUCUK,TENGGEK 
        BURUNG,MAS COTEK DAN LAIN2 SUMBER ALAMIAH,WATANIAH.
        SEBAB TAKDE KELAS TAK SENTANDING PIZZA HUT,MC DONALD DLL   
        MAKANAN BARAT YG SARAT DGN MSG DLL BAHAN KIMIA.


BAGI ORANG PUNYA IMAN..SETIAP PENYAKIT CIPTAAN ALLAH SWT TIDAK DITURUNKAN KECUALI BERSAMA PENAWARNYA.MAKA..BERUSAHA DAN BERDOALAH KITA..SEMUA PENYAKIT ADA UBAT KECUALI MATI...


DIMANA SUMBER ILMU PENGETAHUAN???KIT TAK TAHU???
1. AL QURAN
2. HADIS HADIS DAN SUNNAH RASULULAH DAN AMALANNYA.
3. KITABUN NABAWI AMALAN RASULULLAH.


ALASAN LAGI ???


1. SUSAHLAH NAK DAPAT HERBA2 PELIK2 NAMA - JAWAPANNYA = HPA
2. LECEHLAH - TAKDE MASA NAK REBUS,ADUN - JAWAPANNYA = HPA
3. MACAMANA NAK TAU - TUNTUTLAH ILMU BELAJARLAH DIHPA CAWANGAN 
    B.B.BANGI SEK 9..PERCUMA..SETIAP HARI RABU 9:30 ~ 11:30PM
4. KENA BAYAR KE ??? - TIDAK SAMA SEKALI KERANA INI USAHA DAKWAH
5. TAK KENAL,MALU LAH - CONTACT BLOGGER DI 017 6723808 ATAU EMAIL 
     rohan.othman@yahoo.com
6. Tengoklah..nanti lah..WALLAHUA'LAM..SUBHANALLAH..ALLAHUAKBAR


AYUH SAUDARA2 KU MARILAH KITA SAMA2 MEMBERI SOKONGAN USAHA DAKWAH HALALTOYYIBAH HPA MILIK ORANG ISLAM DALAM MENJALANKAN TANGGUNGJAWAB YANG FARDU DALAM KECUKUPAN PRODUK HALAL DIPASARAN.




    
   

Tuesday, 31 May 2011

PUSAT JUALAN SUMBER PRODUK HALAL ORANG ISLAM..DAN KEPENTINGANNYA..




KITA MEMPUNYAI HALA TUJU YANG SEBENAR UNTUK MENCARI BARANGAN DAN PRODUK2 HALAL KELUARAN ORANG ISLAM YANG PERLU DIBERI KEUTAMAAN..IANYA ADALAH TANGGUNGJAWAB ORANG ISLAM..KITA PERLU SEDAR DAN AMBIL KIRA BAGAIMANA BANGSA YAHUDI DAN "LAIN LAIN" BANGSA DI NEGARA KITA YANG TERCINTA INI AKAN LEBIH MENG UTAMAKAN PRODUK / EKONOMI BANGSA MEREKA SENDIRI .SESUNGGUHNYA MEREKA TIDAK RELA KEUNTUNGAN ATAU DUIT POKET MEREKA TERLEPAS KE BANGSA LAIN TERUTAMANYA ORANG ISLAM..TETAPI BAGAIMANA PULA KITA????MAKA SECARA TIDAK SEDAR KITA BANYAK MENYUMBANG KEPADA EKONOMI MEREKA YANG BANYAK MENYUMBANG KEPADA AKTIVITI2 YANG MELANGGAR SYARIAT,TIADA FARDU KEATAS MEREKA UNTUK MEMBAYAR ZAKAT APATAH LAGI YANG LEBIH MENYEDIHKAN IANYA MENYUMBANG KEPADA DANA ZIONIS UNTUK MEMBUNUH ANAK2 ANAK PALESTIN YANG TIDAK BERDOSA..SEDANGKAN KITA DISINI BERSENANG LENANG BERTEPUK TANGAN BERGEMBIRA...MAKA KITA AKAN DITANYA DARI MANA ,BAGAIMANA DAN KEMANAKAH REZEKI DIGUNA BELANJA KAN..ADAKAH KITA AKAN TERJAWAB DIHADAPAN ALLAH SWT TA'ALA NANTI....??

MASALAH YANG DIHADAPI DALAM NEGARA YANG DIIKTIRAF SEBAGAI " NEGARA ISLAM "

Adakah kita merasa PELIK ? atau merasa JELIK ? atau RELAX saja apabila ada yang melakukan perkara sebegini di Tanah air kita..Agama kita..Bangsa kita  ??? Jika kita merasa RELAX aje..maka ada sesuatu yang tidak kena pada hati kita..TEPUK DADA ...TANYA IMAN...

HERBA PERAWATAN AL WAHIDA (HPA) ADALAH ALTERNATIF UMAT ISLAM UNTUK MENDAPATKAN PRODUK PRODUK HALAL

HPA yang telah lama bertapak sebagai Syarikat milik Umat Islam yang mengeluarkan lebih 400 jenis produk produk kegunaan harian samada barangan dapur,kosmetik,ubat ubat herba berbagai jenis penyakit berteraskan Herba2 terpilih dan berkualiti tinggi dimana tlah mendapat pengiktirafan dari SIRIM.Kepada sesiapa yang telah mencuba dan merasai kemujaraban produk2 keluaran HPA pasti akan merasa betapa ianya amat member manfaat sperti pencegahan dan perawatan penyakit2 kronik seperti Kencing Manis,Darah Tinggi,Buasir,kelesuan dan sebagainya.Ungkapan yang sesuai " TAK KENAL MAKA TAK CINTA"

Saturday, 28 May 2011

SEMBELIHAN YANG TIDAK SAH..ADALAH BANGKAI.HARAM DIMAKAN

ADA
MENGAPA INI BERLAKU....??
1. TUKANG SEMBELIH BUKAN ORANG ISLAM
2. ORANG ISLAM TETAPI TIADA ILMU PENGETAHUAN
3. ORANG ISLAM YANG TAHU TETAPI TIADA KEJUJURAN & KEIKHLASAN
4. NIAT BUKAN KERANA ALLAH TA'ALA
5. MANIPULASI OLEH PENGUSAHA BUKAN ISLAM YANG TAMAK DAN KHIANAT  
   (ANTI ISLAM)
OLEH ITU KITA UMAT ISLAM MESTI SENSITIF DAN TEGAS DALAM HAL SEBEGINI KERANA SEMBELIHAN YANG TIDAK SAH ..ADALAH.....BANGKAI..

BUAH NAGA (DRAGON FRUIT) & TULANG BABI


APAKAH BALA YANG MENIMPA KITA UMAT ISLAM..SAMPAI KE TAHAP INI PUN BOLEH DILAKUKAN..TAK TERFIKIR OLEH AKAL BUKAN????TETAPI INILAH HAKIKAT DAN KEBENARANNYA..OLEH ITU SEMASA KITA TERINGIN NAK MAKAN BUAH NAGA NI..CARI LAH TEMPAT / JUALAN YANG BENAR BENAR DIUSAHAKAN OLEH MELAYU ISLAM KITA..YANG DIYAKINI..BERSIH , SUCI..DAN HALAL..TAK DAPAT MAKAN BUAH NAGA PUN TAK APA...BANYAK LAGI BUAH YANG BERKHASIAT...LEPAS NIH KITA TUNGGU APA LAGI YANG ORANG KAFIR HARBI NI NAK LAKUKAN..

ULAMAK ADALAH PEWARIS NABI....PESANAN ULAMAK USAH DIINGKARI

Kita tahu dan sebagai umat Islam yang bersyahadah..sedikit sebanyak..hati tetap terdetik rasa was was dan ragu ragu setiap perkara yang kita lalui dan yang kita lakukan..kecuali hati kita telah menjadi gelap hingga tidak memperdulikan Halal,Haram dan Syubahah..kita tidak bolehmenipu diri sendiri..apatah lagi Yang Maha Pencipta.Dalam Islam..makanan adalah salah satu elemen utama dalam membentuk akhlak seseorang...jadi..jika perkara yang mudah ini di permudahkan dan diremeh temehkan..maka tidak hairanlah umat Islam sentiasa di perkotak katikkan...KITA bangga makan di Mc D..Secret Reciepi,Starbuck,Kopitiam dan sebagainya..tepuk dada tanya iman

BERITA GEMBIRA BAGI UMAT ISLAM..BERITA DUKA UNTUK...

KEJAYAAN UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA MENCIPTA ALAT MENGESAN DAN MENGESAHKAN SEBARANG UNSUR HARAM PADA SESUATU PRODUK DALAM MASA 1 JAM SAHAJA.INI AMAT MENGUSARKAN PIHAK PIHAK TERTENTU YANG SELAMA INI BEGITU RAKUS DAN LICIK MEMPERDAYA KITA UMAT ISLAM..DAN SELEPAS INI AKAN BERTAMBAH LAH LAGI PENDEDAHAN DEMI PENDEDAHAN YANG AKAN DILAKUKAN..MEMBONGKAR SEGALA PENGKHIANATAN YANG TELAH DILAKUKAN OLEH SI KAFIR HARBI UNTUK MEROSAKKAN AKHLAK UMAT ISLAM..TETAPI...
SEJAUH MANAKAH KESEDARAN KITA SEBAGAI UMAT ISLAM..APAKAH SEHINGGA BALA DAN MALAPETAKA YANG AKAN DITIMPAKAN KEPADA KITA OLEH YANG MAHA PENCIPTA SEBAGAI KIFARAH KEATAS KEALPAAN KITA..TEPUK DADA TANYA LAH IMAN...

Wednesday, 25 May 2011

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA: ADUAN PILIHAN : DNA Babi Dalam Bahan Buat Kek & Ro...

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA: ADUAN PILIHAN : DNA Babi Dalam Bahan Buat Kek & Ro...: "DNA Babi Dalam Bahan Buat Kek & Roti Secret Recipe Posted on Tuesday, May 17, 2011 by Nazo K ek dan Roti pula, lepas ini apa lagi d..."

Monday, 23 May 2011

BUKU PANDUAN HALAL & HARAM

Buku ini diterbitkan oleh Persatuan Pengguna Pulau Pinang sejak 2006.
1. Ianya disarankan oleh Dato' Seri Dr Haji Harussani Haji Zakaria
2. Segala Fakta dan kenyataan yang dinyatakan beserta dengan gambar2 dan nama produk tanpa  
    berselindung
3. ANDAI KATA SEGALA APA YANG DINYATAKAN DAN TERGAMBAR DIDALAM BUKU INI  
     TIDAK BENAR MAKA BERLUMBA2 LAH MEREKA2 ITU MENGELUARAKAN SAMAN  
     KEPADA PENERBIT BUKU INI DAN YANG MENYOKONGNYA.
Setelah membacanya..baru lah tuan/puan tahu hakikat yang sebenarnya apa yang berlaku di Malaysia
yang tercinta ini.. kalau kita tidak ambil peduli juga ..maka kita akan menjawab segala persoalan ini dihadapan ALLAH swt nanti..dan benarlah apa yang dikata BUMI DIPIJAK MILIK ORANG..sampai tahap makanan kita pun dikuasai oleh kafir lakhnatullah..sebabnya..ada pun produk orang Islam kita berat hati membantu dan menyokongnya..Wallahua'lam..SESIAPA YANG INGIN MENDAPATKAN BUKU INI SILA HUBUNGI SAYA...HARGA RM 18.00 SAHAJA

Friday, 20 May 2011

Kopi Radix


radix_jumbo.jpg
Khasiat Kopi Radix:
Menghilangkan Sakit Sendi dan Sakit Pinggang
Penyakit arthritis dan rheumatism terjadi hasil daripada peradangan yang berpunca dari ketidak seimbangan suhu. Kesannya mewujudkan kelebihan asid seperti asid urik yang menyebabkan ghout. Kopi Radix akan bertindak secara diuretik (memperbanyakkan kencing) dengan melakukan pengimbangan suhu dan asid. Terdapat testimoni yang banyak yang menceritakan kelebihan penggunaan Radix yang dapat menghilangkan sakit pinggang dan lutut.

Demam Panas

Minuman Kopi Radix akan menghilangkan rasa hendak demam jika diambil pada peringkat awal kerana bahan yang terdapat dalam Radix akan meningkatkan sistem imuniti untuk membunuh kuman yang menyerang tubuh. Tindakan bioflavonoid akan meningkatkan lagi aktiviti sel-sel imuniti dengan mempercepatkan pergerakan ke tempat serangan. Minuman Kopi Radix akan menyebabkan seseorang itu kencing dengan banyak, berpeluh dan terasa dahaga. Kesan dahaga ini membuatkan seseorang pesakit itu banyak minum air di mana suhu tubuh akan kembali stabil.
Ketumbuhan
Bahan yang dikenali sebagai quassinoid yang terdapat dalam Radix merupakan bahan anti tumor yang boleh menghilangkan ketumbuhan di otak. Ini diperkuatkan lagi oleh kajian Dr. Azizah Hamid daripada Universiti Putra Malaysia (UPM) pada tahun 2000. Dalam kes yang sebenar, HPA mempunyai rekod menyembuhkan ketumbuhan di otak setelah pesakit diberikan Radix bersama Omega3 dan Spirulina.
Radix Untuk Kaum Wanita
Radix mempunyai bahan antioksidan yang boleh memerangkapkan radikal bebas yang menyebabkan pelbagai penyakit. Bagi wanita yang menghadapi masalah keputihan, lelehan cecair ini dapat dihilangkan dengan hanya meminum Kopi Radix, begitu juga dengan senggugut. Kopi Radix mempunyai kesan detoksifikasi yang boleh mengeluarkan keracunan di hati dan membetulkan perjalanan darah. Bagi wanita yang menopouse, mereka memerlukan pytoestrogen dan kalsium untuk tulangnya dan ini boleh didapati dalam Kopi Radix.
Kopi Radix Untuk Pesakit Kencing manis dan Darah Tinggi
Radix juga mengandungi betasitosterol dan stigmasterol yang bertindak sebagai hipoglisemik (menurunkan paras glukos). Kekuatan gandaan diuretik menjadikan Kopi Radix juga boleh digunakan untuk merawat hipertensi.
Kopi Radix Untuk Tenaga
Kesan afrodisiak meningkatkan tenaga kelakian dan baik jika disinergikan bersama Omega3. Bagaimana ini berlaku? Satu kajian yang dilakukan di Universiti Malaya (UM) menunjukkan bahawa tikus putih yang diberikan Radix menunjukkan penambahan 480% hormon jantan manakala tikus betina pula melahirkan anak jantan lebih daripada anak betina dengan nisbah 3:1.
Kopi Radix mengandungi 7 herba pilihan :
1. Tongkat Ali (AFRODISIAK/ANTIOKSIDAN) untuk tenaga dan kesuburan
2. Pokok Mata Pelanduk (DIURETIK) untuk masalah persendian
3. Pokok Teja Lawang (KARMINATIF) untuk pengimbangan angin
4. Pokok Tebu Gajah (ANTIDOT) untuk menghilangkan keracunan
5. Pokok Mengkudu Hutan (LAXATIF) untuk merawat sistem penghadaman
6. Halban (IMUNITI) untuk menjaga stamina tubuh
7. Larak Hutan (KARDIOTONIK) untuk memperbanyakkan susu ibu
Komposisi: (15 paket bagi kotak kecil, 32 paket bagi kotak jumbo, 20 paket bagi kopi papan)
Tongkat Ali dan Herba terpilih
Dos :
Boleh diminum sehingga 6 paket sehari
Harga Ahli - 
Kotak Kecil – Semenanjung : RM15
Sabah/Sarawak : RM18
Kotak Jumbo – Semenanjung : RM30
Sabah/Sarawak : RM36
Papan – Semenanjung : RM20
Sabah/Sarawak : RM22

HOTEL HPA (JIHAD EKONOMI UMAT ISLAM)

 Sokongan Saudara Muslimin semua amat dialu alukan..suatu hari nanti Hotel HPA bertaraf lima bintang milik Orang Islam tersergam indah di pelosok negara setanding Hotel2 yang lain..bezanya..diHotel HPA..tiada Riba,tiada maksiat,tiada Arak dan segala perkara yang melangkaui Batas Syarak..InsyALLAH..Ayuh..sertai HPA..

HPA melangkah maju ke hadapan..kita patut beri sokongan..

HPAic (HPA International Center) terletak di Sek 13 Shah Alam berdekatan MTDC dan Kolej PTPL
Ianya bernilai RM54juta hasil keringat dan usaha Tuan Hj Ismail dan para pejuang2 yang sama sama  bersusah payah sejak wujudnya HPA.Ianya menjadi Mercu Tanda dan pusat pentadbiran kursus2,seminar2 yang dianjurkan oleh HPA..Mempunyai 9 tingkat.Sebahagiannya disewa oleh PKNS..dibawah sekali terdapat Pasaraya HPA.
Tidakkah terdetik dihati kita suatu hari nanti sebuah pasaraya HPA berdiri megah di kawasan tempat tinggal kita setanding dengan Hypermarket2 yang milik bukan Islam..Ayuhlah saudara muslimin ku sekelian..

PERINGATAN OLEH JAKIM MELALUI MEDIA..APAKAH PERANAN KITA

Tujuan JAKIM adalah memberi kesedaran secara umum kepada Umat Islam di Malaysia kerana JAKIM tidak terpantau dengan birokrasi dan kerenah Syarikat Non Muslim dalam mengeluarkan Produk makanan tambahan pula dalam masyarakat Majmuk dimana "MEREKA2" itu bijak mengaburi Umat Islam dengan jenama Ala2 Melayu dan Islamic dan Ianya menjadi Isu yang amat sensitif kerana melibatkan banyak Syarikat2 Koporat yang menyumbang pada ekonomi negara..OLEH ITU..menjadi TANGGUNGJAWAB kita memilih dan menidakkan..

PERANAN JAKIM MEMBERITAHU..KITA KENA AMBIL TAHU , BERUBAH DAN BERTINDAK

Jakim sering memainkan peranan dalam kempen kesedaran di media cetak dan elektronik supaya Umat Islam peka dan mengambil tindakan yang lebih bijak,berhati hati membuat pilihan dan memboikot produk2 yang terang terangan bukan barangan orang Islam..secara tidak lansung berdakwah Halal Toyyibah..maka peka kah kita..atau pekakkan telinga..Ayuh berjihad lah kita..sokonglah produk keluaran Orang Islam seperti HPA..semoga diberkati

Wednesday, 18 May 2011

Gambaran sebenar semasa serbuan Jakim

Masyaallah..geli dan jijik nya..masa nak apply Sijil Halal..Buat betul2 sebab Jakim ada..bila buat serbuan mengejut..inilah hakikat sebenarnya..Bukan Ali yang buat tapi Ah Lee..lepas tu hantar ke Tesco,Giant,Econsave..Jusco..Carefour..maka berduyun duyun lah orang Islam beli..MURAH...MURAH..mari2 mari..kita pun masak bagi anak2 makan..Mereka2 nih dah kaji bagaimana nak ROSAKKAN akhlak orang Melayu Islam..Melalui pemakanan..maka lahirlah ..Bohsia,Bohjan ,Pembuangan bayi..Tidak Solat..Penzina..Minum Arak..berjudi dan lain2..Nau'zubillah..

Ayam Organik HPA

Diternak dengan penuh teliti,pemakanan yang terkawal dari bahan2 yg terpilih..cara sembelihan dan diproses 100% mengikut syarak..belilah..masak dan makan lah tanpa was was..

Tuesday, 17 May 2011

Subhanallah..Alhamdulillah..sudah ada rupanya produk yang benar2 halal,suci..dan 100% milik orang muslim..

Mengapa milik orang Muslim..padahal pengasasnya Tuan Hj Ismail..Ini lah kelebihan HPA..kerana Tn Hj Ismail pernah berkata..Jika beliau telah tiada..HPA bukan milik keluarga beliau TETAPI milik orang Islam..SUHANALLAH...Inilah perjuangan yang murni..

Selalu terpandang..ramai orang "melayu" minum dengan bangganya..

Produk ini bukanlah milik / keluaran Orang Islam...diyakini dan disahkan TIDAK HALAL..tapi masih ramai orang Islam tidak ambil peduli..dan TV3 pun ada membuat Promosi melalui Iklan di TV..dalam hal ini kita tidak perlu menuding jari kepada TV3 kerana mereka membuat Iklan atas platform Bisnes..kecuali ada teguran dari Kerajaan,JAKIM,NGO dan sebagainya..Jika kita teliti betul2 banyak produk2 yang diklankan TIDAK memenuhi  syarat SAH HALAL...Kenapa...mudah jawapannya  Kerana RM...,..hidup dalam Masyarakat Majmuk...dan yang paling utama kita orang Islam dah Imune di gula gulakan oleh konsep MAJMUK itu sendiri walaupun kita sedar kita sedang hanyut dalam lautan produk2 tidak halal..tapi yang menghairankan.kalau ke luar negara buat2 sibuk cari Produk Halal di kedai2 Pakistan atau sebagainya..Tepuk Dada Tanya Iman..

Adakah kita peduli tentang perkara ini?tidakkah ada kerisauan apa akan berlaku pada masa yang akan datang..pada generasi Islam kita..

Ini bukan kerja Ahmad,Abdullah atau sesiapa yang masih bersyahadah..tetapi ini adalah kerja mereka2 yang tidak kenal syahadah..cuma kita yang bersetongkol,subahat..tidak mahu ambil peduli..

Mari lah kita bersama2 memberi sokongan niat suci HPA dalam jihad ekonomi umat Islam.

Wahai kaum Muslimin/muslimat..mahukah kita melihat betapa kita mempunyai bangunan pasaraya yang 100%  milik orang Islam dan menyediakan produk2 yg 100% halal dan diyakini tanpa was2 .Tidakkah kita terfikir milik siapa kah bangunan Tesco,Carefour,Giant,Econsave,Billion dan juga Jusco..kita masyarakat islam banyak menyumbang pada ekonomi mereka..dimanakah keuntungan itu diagihkan ..pusat zakat?anak2 yatim?fakir miskin?sekolah tahfiz?derma & infaq rakyat palestine?masjid?
Maka..tepuk dada..tanya lah iman..tidakkah kita mahu suatu hari nanti HPA mampu mendirikan pasaraya2 hypermarket dimana2 mudah didapati untuk memberi manfaat kepada kita.Keuntungan dari nilai kewangan bukanlah Agenda Utama HPA..tapi..ianya satu TANGGUNGJAWAB dan usaha dakwah menyedarkan juga menyediakan yang halal dan suci pada sudut syarak dan menyelamatkan umat islam dari DITIPU dan terus DITIPU oleh MEREKA2 ITU..ini adalah VISI dan MISI utama HPA.Ayuh...bangkitlah..saudara2 muslimin..bersama sama lah kita menyokong usaha ini..lihat dan sedarkah kita bagaimana YAHUDI,NASARA dan MEREKA2 (cha,ya..Nun ..Alif..) berjaya menguasai saku kita melaui produk2 mereka..SUDAHLAH KITA HABISKAN WANG BELI BARANG MEREKA..MEREKA TIPU PULA KITA DENGAN MENCAMPURKAN DENGAN BAHAN2 YG TIDAK HALAL..MEREKA BERTAMBAH KAYA DAN TERUS MENINDAS UMAT ISLAM...NAU'ZUBILLAH.

Saturday, 14 May 2011

Orang Islam ditipu lagi...

Zoom out jika ingin lebih jelas
KUALA LUMPUR: Sebahagian besar pekerjanya memakai baju bertanda logo halal, namun amat mengejutkan apabila sebuah syarikat pengeluar makanan dikesan turut menjual produk berasaskan daging babi.

Lebih menjijikkan, makanan berasaskan daging babi iaitu bebola babi diletakkan bercampur aduk dengan makanan halal seperti mi, kuetiau, bebola ikan dan kek ikan di dalam peti sejuk besar. 

Amalan menjijikkan itu terbongkar hasil serbuan penguat kuasa Cawangan Pemantauan dan Penguatkuasaan Bahagian Hab Halal, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Putrajaya di kilang terbabit di Taman Sutra, Sungai Petani, Kedah, Selasa lalu. 

Menurut sumber Jakim, operasi diketuai Penolong Pengarah cawangan itu, Amri Abdullah dan disertai dua pegawai Jakim serta dua pegawai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Cawangan Sungai Petani, Kedah. 

Katanya, serbuan dilakukan selepas pihaknya menerima aduan orang ramai berhubung kemusykilan status syarikat pengedar makanan terbabit yang dikenal pasti memasarkan produk mereka kepada pengguna Islam di Kedah. 

“Hasil serbuan pada jam 11.30 pagi, premis terbabit adalah kilang menghasilkan mi dan kuetiau oleh pemiliknya seorang pengusaha bukan Islam. Pemiliknya juga tidak pernah memohon sijil halal daripada Jakim. 
“Pada masa sama mereka turut mengedarkan tiga makanan yang diambil daripada pengusaha lain iaitu bebola ikan dan kek ikan yang ada kelulusan halal daripada Jakim. 

“Namun, kesalahan dilakukan pemilik kilang terbabit ialah mencampurkan semua produk itu dengan bebola babi yang mereka peroleh daripada pengeluar lain,” katanya. 

Menurutnya, pihak Jakim dan KPDNKK menyedari kewujudan produk berasaskan daging babi itu berdasarkan pemeriksaan terhadap senarai barang jualan yang turut mencatatkan ‘pork ball’ atau bebola babi. 

“Hasil pemeriksaan, kami menemui peket bertulisan ‘pork ball’ yang dicampurkan dengan produk makanan halal mempunyai logo Jakim di dalam peti sejuk besar,” katanya. 

Sumber itu berkata, percampuran produk halal dengan daging babi terbabit boleh menimbulkan syubahah (keraguan) dari segi hukum syarak dan tindakan pemilik kilang itu menyalahi peraturan dan garis panduan yang tertakluk dalam syarat pemberian Sijil Pengesahan Halal Jakim. 

“Malah, siasatan lanjut mendapati produk babi dan makanan halal termasuk mi dan kuetiau dicampurkan di dalam satu lori sejuk beku yang sama sebelum dihantar kepada pelanggan dan peruncit di Sungai Petani,” katanya. 

Menurutnya, ketika serbuan ada kira-kira 15 pekerja termasuk pekerja warga asing Bangladesh memproses makanan berkenaan dan kebanyakannya memakai pakaian yang memaparkan logo halal. 

“Pekerja mereka pakai baju dengan logo halal sedangkan pihak syarikat turut menjual babi. Tindakan itu seolah-olah mempersenda Islam,” katanya. 

Menurutnya, pemilik syarikat terbabit berusia 40-an memberi alasan mudah apabila memberitahu tidak tahu ia satu kesalahan mengikut hukum Islam. 

“Susulan itu, KPDNKK merampas lebih 20 peket bebola babi berkenaan untuk tindakan lanjut. Siasatan turut mendapati syarikat terbabit tidak mempunyai lesen dari pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk beroperasi,” katanya.

Dipetik dari Harian Metro 11 Jun 2010
~Klik gambar ini untuk pembacaan yang lebih jelas~

Monday, 2 May 2011

Kesedaran produk Halal,Haram dan Syubahah didalam produk harian

Assalamua'laikum,
Kita kerap terbaca di media cetak dan elektronik akhbar2 tempatan dimana kerap disebut perkara perkara yang melibatkan Halal dan Haram yang selalunya dikeluarkan oleh JAKIM..kenyataan2 yang tersirat yang sepatutnya difahami oleh pembaca apakah objektif dan mesej yang ingin disampaikan.Hakikat yang sebaenarnya KITA umat Islam banyak tertipu denyan Dakyah2 yang bertopengkan nama2 ala..Melayu dan Islamic TETAPI sebenarnya milik orang bukan Islam yang diragui Status HALALnya..mungkin hati anda akan berkata...Apasal ada Logo Halal Oleh JAKIM...Inilah persoalannya...bila serbuan serbuan dilakukan oleh pihak JAKIM..maka kita mesti sensitif dalam hal2 begini..Banyak Pembongkaran yang telah dilakukan oleh pihak JAKIM samada kita peka atau tidak mesej yang ingin disampaikan oleh JAKIM kepada umat islam melalui Kempen,Ekspo (baru baru ini di Kelantan)..Nama nama produk yang tersohor dan ternama..yang banyak menyumbang kepada Ekonomi,kebajikan yang mengelabui mata kita...JADI..cara kempen kesedaran dan Dakwah Halal Toyyibah amat penting kerana JIKA ianya diabaikan maka akan terhakislah pegangan kita pada Bab Halal Haram kerana Strategik Licik Kafir lakhnatullah itu kerana MEREKA tahu bagaimana ingin merosakkan AKHLAK orang muslim melalui  makanan yang diadunkan dengan bahan2 Haram...Bangkitla!!!bangkitlah saudara2 ku..

Penggunaan Babi


Tuesday, 26 April 2011

Profail - Herba Pilihan Anda

Latar Belakang Syarikat

 HPA ialah salah satu syarikat Bumiputra Islam yang mempunyai kilang bertaraf ( GMP ) "Good Manufacturing Practice" iaitu Amalan Pengilangan Baik semenjak dari tahun 1997 yang mempunyai kepakaran dalam ramuan herba-herba tempatan dan mempunyai rangkaian pengedar yang mahir dalam perawatan holistik.

Pengenalan

 Syarikat ini telah diasaskan oleh Tuan Haji Ismail bin Haji Ahmadyang berasal dari Kg. Mata Ayer, Perlis pada bulan September 1987secara kecil-kecilan yang ketika itu dikenali dengan nama Perubatan Tradisional Al Wahida. Selepas 8 tahun beroperasi, berbekal warisan peninggalan nenek moyang, HPA Industries Sdn. Bhd. pun ditubuhkan pada 15 hb Julai 1995. HPA merujuk kepada Herba Penawar Al-Wahida.
Pengalaman HPA pada masa lalu mampu mencatat sejarah kejayaan dan bertahan sehingga kini. HPA merupakan perniagaan yang penuh dengan potensi, pencapaian dan kecemerlangan. Tujuan utama penubuhan syarikat ini ialah untuk memberi pendedahan mengenai perubatan herba tradisional sebagai satu rawatan alternatif kepada masyarakat, bukan sahaja memberi kesihatan yang terjamin malahan dapat mengecapi kemakmuran dan memperkayakan kehidupan.
HPA Industries Sdn. Bhd. diasaskan oleh seorang anak tani yang berpengalaman luas dalam bidang herba di Malaysia. Beliau yang dimaksudkan ialah Tn. Hj. Ismail bin Ahmad selaku pemilik syarikat memegang jawatan sebagai Pengarah Urusan.


Pentadbiran & Pengurusan
Keutamaan pelanggan sememangnya menjadi amalan pihak pengurusan. Untuk menjamin organisasi yang berdaya maju, beberapa bahagian yang diketuai pengurus-pengurus terlatih telah diwujudkan. HPA Industries Sdn Bhd diterajui oleh Pengarah Urusan, dibantu oleh enam orang Pengurus Besar iaitu :-
1. Pengurus Besar Al Wahida Marketing Sdn Bhd
2. Pengurus Besar HPA Food & Beverage Sdn Bhd
3. Pengurus Besar HPA Industries Sdn Bhd
4. Pengurus Besar Akaun
5. Pengurus Besar PT Wahida Indonesia.
6. Pengurus Besar Sistem Pengurusan Maklumat MIS
Untuk melicinkan urusan perjalanan syarikat, beberapa pengurus, penyelia dan juga eksekutif dilantik.
Ibu Pejabat HPA
Lot 1985,
Jalan Jejawi Utan Buloh,
Jejawi 02600 Arau,
Perlis, Malaysia.
No Tel: 04-9776805, 04-9776804 Fax: 604-9774121

HPA dan Anak Syarikat
Syarikat-syarikat HPA dan aktiviti ekonominya adalah seperti berikut:
  1. Al-Wahida Marketing Sdn Bhd -Pemasar semua produk melalui perniagaan MLM
  2. HPA Industries Sdn Bhd - Pengeluar ubat-ubatan herba
  3. Cola Radix Sdn Bhd - Pengeluar minuman berkarbonat (Radix Cola dll)
  4. HPA Food & Beverage Sdn Bhd - Pengeluar minuman dan makanan
  5. Radix Industries Sdn Bhd - Pengeluar Kopi Radix
  6. HPA Farm Sdn Bhd - Pengeluar ayam dan air mineral
  7. HPA Ilham Sdn Bhd - agensi pelancongan
  8. RFC Sdn Bhd - Restoran Radix Fried Chicken (RFC)
  9. El- Zaharaa Sdn Bhd - Hotel, homestay, JHS, HPA collection, toharah dobi
10. Centella White sdn Bhd - Produk kosmetik


Pengilangan
Kini, HPA Industries Sdn Bhd memiliki 7 buah kilang bertaraf GMP yang serba moden dan mengusahakan ladang-ladang herba roselle, pegaga, misai kucing, jagung, serai, pisang dan ternakan ayam, itik, lembu dan kambing organik seluas 500 ekar untuk memastikan bekalan herba yang mencukupi.
Kilang syarikat HPA terletak di alamat
1. B1 & B2, Lot 29, Jalan Industri, Kawasan Perindustrian Kuala Perlis, Perlis.
2. Lot 5 & 6, Kawasan MIEL Jejawi Fasa II, Jalan Jejawi Sematang, Perlis.
3. Lot 1 & 2, IKS KEDA Napoh, 06100 Jitra, Kedah.
4. Kilang Cola Radix, Kaw. Perindustries Sg.Lalang, Sg.Petani, Kedah.
5. Kilang Kopi Radix, SME Bank Lok Kawi, Kota Kinabalu, Sabah.
6. Kilang Air Mineral HPA, Batu 14, Jalan Kuala Nerang, Pokok Sena Kedah.
7. Kilang Baja Organik, Bukit Tembaga, Padang Terap Kedah.
Kini jumlah pekerja kilang HPA melebihi 1000 orang.
 Kilang Kopi Radix Automatik
Kilang Radix Cola di Sungai Petani, Kedah Darulaman.
Ladang Roselle

Kilang "GMP" HPA di Kuala Perlis, Perlis Indera Kayangan.


Produk Keluaran HPA
Rantau Asia Tenggara dengan hutan tropika khatulistiwa sememangnya kaya dengan tumbuh-tumbuhan herba. Sejak turun-temurun lagi, pemakanan herba telah pun menjadi amalan untuk mengatasi segala masalah kesihatan.
Hidup sihat berasaskan herba kini memasuki era moden. HPA Industries telah berjaya menggabungkan produk-produk herba secara komersil. Sehingga kini, ratusan jenis produk telah pun dipasarkan dan banyak lagi akan dilancarkan pada masa akan datang. HPA Industries Sdn Bhd menitikberatkan kualiti dan proses pengeluaran yang menjamin mutu produk sentiasa konsisten.
Bekalan bahan herba seperti pegaga diusahakan sendiri di ladang-ladang milik syarikat. Pengawasan yang rapi diberi terhadap bahan utama ini untuk menjamin mutu keluaran yang tinggi. Semua bahan herba lain juga melalui kawalan mutu yang ketat dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.
Penggabungan aspek Islam dalam proses pembuatan, meningkatkan lagi keikhlasan terhadap tugas-tugas menyediakan herba rawatan untuk manusia.
Cawangan & Stokis
HPA telah membuka beberapa cawangan di semua negeri bagi memastikan proses pemindahan maklumat dapat disalurkan dengan sempurna dan semua pelanggan dapat membeli produk dengan senang dan cepat. Antara aktiviti yang berlaku di peringkat cawangan adalah penjualan produk disamping penyebaran maklumat produk melalui inisiatif seperti broshur, pamplet, flyers dan kursus mingguan yang dianjurkan.
HPA mensasarkan penambahan cawangan di seluruh negeri sebanyak 150 cawangan sehingga Jun tahun 2009. Buat masa ini cawangan HPA yang sedia ada adalah sebanyak lebih 70 buah cawangan.Termasuk 5 cawangan di Indonesia dan 1 di Brunei. Agen Stok HPA kini sudah melebihi dari 1200 orang dengan keahlian perniagaan MLM lebih 500, 000 orang.


Keunggulan Perniagaan HPA
1. 100% milik Bumiputra Muslim
Sebuah perniagaan 100% milik Bumiputra Muslim dan telah lebih 20 tahun berada dalam industri herba.
2. Produk pelbagai jenis, Suci & Halal
Lebih 100 jenis produk telah dikeluarkan oleh HPA dan ianya terdiri daripada produk kesihatan (herba), kegunaan harian, makanan, minuman, kosmetik, umrah & haji dan lain-lain lagi. Sasaran HPA ialah mengeluarkan 500 jenis produk lagi pada masa akan datang.

3. Harga murah dan berpatutan

Harga produk HPA sangat kompetitif dan berpatutan. HPA juga menekankan prinsip IHSAN dalam soal harga produk. Ini bertujuan untuk membolehkan setiap golongan tidak kira kaya atau miskin mampu memilikinya.
4. Mendapat pengiktirafan MLM Syariah
HPA memasuki era Multi Level Marketing (MLM) mulai 1997 dan mendapat pengiktirafan MLM Syariah dari Pusat Konsultasi Syariah Indonesia.
5. Penerapan amalan Islam dalam pekerjaan
Semua pekerja kilang diwajibkan berwudhuk, menutup aurat, membaca Al-Ma’thurat dan solat sunat dhuha sebelum memulakan kerja.
6. Perubatan JAWI
HPA memperkenalkan konsep PERUBATAN JAWI yang menggabungkan sumber Ilahiah dan Alamiah. Ianya terdiri daripada perubatan herba, ilmu diagnosis penyakit melalui tapak tangan, anak mata dan juga perawatan seperti bekam, akupunktur, refleksologi dan lain-lain lagi. Semua ahli berpeluang untuk mempelajarinya.
7. Kebajikan
Setiap bulan HPA akan menginfakkan sebahagian keuntungan kepada pertubuhan kebajikan, maahad tahfiz dan rumah anak yatim. Ini bermakna anda membeli sambil beramal.
8. Plan Pemasaran Hebat
Tawaran 11 ganjaran lumayan kepada para pengedar melalui plan pemasaran Era Baru yang terbukti berjaya melahirkan usahawan HPA dengan pendapatan 5 angka sebulan.

9. Latihan Keusahawanan

Program Perkongsian Bijak Cemerlang (PBC) diwujudkan bagi memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada semua ahli untuk menjalankan perniagaan MLM Syariah HPA. Program ini sangat berkesan sehingga berjaya melonjakkan jualan bulanan HPA. Kursus ini dikendalikan oleh pemimpin-pemimpin HPA yang berjaya dikalangan Pengarah Jati Setia (PJS).

10. Pengiklanan Produk Di Media Massa

HPA mengiklankan produknya seperti Kopi Radix, Radix Cola, Sarsi, Cereal di TV3, TV9, akhbar harian, pengangkutan awam dan di papan-papan iklan.
11. Koperasi Wahida Berhad
HPA menubuhkan Koperasi Wahida Berhad untuk memberi peluang kepada ahli menikmati keuntungan bersama. Anggaran pulangan 10%-20% setahun.

Perutusan Lembaga Pengarah HPA
 Sejak turun temurun lagi masyarakat kita telah pun mengamalkan penggunaan barangan herba sebagai ubat bagi mengatasi segala jenis penyakit. Atas kaedah inilah HPA diasaskan. Alhamdulillah kita dapat bersama membina bukan sahaja satu perniagaan yang menguntungkan, bahkan dapat menyumbang ke arah kesejahteraan hidup sekeluarga.
Sejajar dengan peredaran modenisasi masa kini, rawatan herba HPA juga dapat menepati proses pengeluaran yang canggih. Dengan pengiktirafan Amalan Pengilangan Baik “Good Manufacturing Practice” (GMP), syarikat HPA berupaya menjamin mutu kualiti barangan keluaran sentiasa konsisten pada tahap yang tinggi.
Menjelang alaf baru ini, syarikat HPA menjanjikan satu lonjakan baru yang berdaya maju. Ini akan membawa pembaharuan yang lebih positif kepada semua. Akhir kata, kejayaan kita semua bergantung ke atas usaha-usaha berpandukan visi dan misi yang diajukan. Syarikat HPA komited terhadap nilai ini dan akan sentiasa mengorak langkah-langkah positif demi kejayaan kita bersama. Sekian. Wassalam.
Tuan Haji Ismail b. Haji Ahmad (Pengarah Urusan HPA Industries Sdn Bhd)
“Sekiranya Mereka Tahu Khasiat Herba Kita, Nescaya Mereka Akan Tukarkan Dengan Ketulan Emas”- Tn Hj Ismail b Hj Ahmad.

“Produk Halal Menjadi Nadi Perjuangan Dan Rezeki Yang Diberkati ALLAH, Menjadi Garis Panduan Perniagaan Kami. Amin.” - Tn Hj Ismail b Hj Ahmad.